Azleyn74

Ku susuri malam ini

Yang tidak berbintang sunyi sepi

Juga rembulan dah menghilang

Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu

Yang selalu berbisik madah rindu

Kini membisu dalam sayu

Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku

Di saat ku perlukanmu

Tertutup jua segalanya terhadapmu

Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi

Ku mengusung duka ini diiringi

Kisah janji dimungkiri lagi

Sia-siaku  mencintaimu

Setia padamu

Percayakanmu

Sebak dadaku

Retak hatiku

Luka jiwaku

Dihiris pilu

Sia-siaku

Mencintaimu

Setia padamu

Percayakanmu

Sebak dadaku

Retak hatiku

Luka jiwaku

Dihiris pilu

Beribu sesalanku…

 

 

 

 

 

 

 

Hak wanita teraniaya

 

Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga?

Srihartini: Keganasan rumah tangga ialah satu kekejaman yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Ia bukan hanya berlaku antara suami isteri sahaja tetapi sesiapa sahaja yang tinggal bersama sebagai satu keluarga boleh berhadapan dengan situasi ini. Keganasan rumah tangga berlaku apabila terdapat kecederaan fizikal, didera secara seksual, meletakkan si mangsa sentiasa dalam keadaan ketakutan dan kesedihan.

Siapakah antara individu yang boleh menjadi mangsa keganasan rumah tangga

Srihartini: Kebiasaannya orang ramai lebih mengetahui bahawa keganasan rumah tangga hanya melibatkan suami isteri tetapi sebenarnya ia lebih luas kerana turut melibatkan beberapa individu lain seperti bekas isteri atau suami, anak-anak, ibu bapa, ahli keluarga yang tinggal serumah atau pembantu rumah. Oleh itu, masalah keganasan rumah tangga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira status seseorang itu.

Apakah jenis-jenis keganasan rumah tangga yang berlaku?

Srihartini: Keganasan rumah tangga boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu, penderaan secara fizikal, emosi, spiritual, seksual dan mental. Setiap individu yang terlibat dalam keganasan rumah tangga sebenarnya terdedah kepada kelima-lima jenis keganasan ini.

Pada pandangan anda bagaimana pula situasi golongan wanita khususnya di Perak?

Srihartini: Sehingga kini masih tidak ada sebarang kes serius melibatkan keganasan rumah tangga. Kebanyakan yang datang ke sini sekadar untuk mendapatkan khidmat kaunseling bagi mencari jalan keluar terhadap permasalahan yang dihadapi. Bahkan ramai dalam kalangan mereka yang hadir juga sebenarnya adalah untuk menyertai program-program yang disediakan Jabatan Pembangunan Wanita bagi mengubah kehidupan diri dan keluarga. Malah kebanyakannya juga adalah untuk berbincang mengenai tuntutan nafkah, bantuan kewangan, harta pusaka dan sebagainya. Kita hanya bertindak sebagai pemudah cara dan akan merujuk kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk menyelesaikan permasalahan mereka.

Bagaimana keganasan rumah tangga boleh berlaku?

Srihartini: Kebiasaannya keganasan rumah tangga boleh berlaku dalam tiga tahap iaitu melibatkan peningkatan tekanan yang membawa kepada bermulanya dengan perselisihan faham, permulaan kepada insiden keganasan iaitu si suami tidak dapat mengawal kemarahan, dan keganasan rumah tangga ialah melibatkan penyesalan.

Apakah punca-punca keganasan rumah tangga?

Srihartini: Ramai dalam kalangan golongan wanita boleh mudah menjadi mangsa keganasan kerana kebiasaannya mereka kurang kesedaran tentang hak-hak mereka terutama dalam aspek agama dan undang-undang. Malah jika seseorang isteri itu tidak bekerja atau tidak ada pendapatan sendiri menyebabkan berlakunya pergantungan 100 peratus kepada suami sekali gus mengakibatkan mereka takut hilangnya tempat untuk bergantung. Masalah rumah tangga bukan sesuatu yang mudah untuk diterima orang ramai. Walau bagaimanapun ada juga sesetengah golongan wanita yang begitu mudah termakan pujuk rayu dan janji manis pasangan menyebabkan mereka hanya mendiamkan diri.

Jika menjadi mangsa keganasan, apa yang perlu dilakukan?

Srihartini: Pada peringkat permulaan seseorang wanita itu perlu tahu di mana tahap keganasan yang mereka alami. Jika pada tahap tidak serius, mereka terlebih dahulu perlu mengenal pasti punca berlakunya keganasan rumah tangga, setelah itu cuba berbincang secara baik dengan pasangan. Seterusnya mereka boleh mendapatkan bantuan khidmat kaunseling. Bagaimanapun, jika seseorang wanita itu telah berada di tahap yang serius, mereka perlu melaporkannya kepada pihak polis. Malah mereka perlu pastikan telah mendapat rawatan doktor jika berlaku sebarang kecederaan atau pergi ke Pusat Khidmat Sepadu (One-Stop Crisis Centre). Mereka juga perlu laporkan kepada JKM untuk mendapatkan Perintah Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO). Dapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Agama Islam atau Tribunal Perkahwinan untuk menentukan status perkahwinan mereka. Bahkan sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mereka boleh menghubungi Bahagian Bimbingan dan Kaunseling JPW.

Mengapa keganasan rumah tangga perlu dibendung?

Srihartini: Masalah berkenaan adalah satu perkara serius jika ia dibiarkan begitu tanpa sebarang jalan penyelesaian. Ia perlu dibendung sejak di peringkat awal agar dapat mengurangkan masalah jenayah. Pencegahan awal mampu mengurangkan tekanan fizikal, mental dan spiritual.

Bagaimana untuk kita menangani masalah keganasan rumah tangga?

Srihartini: Untuk mengelak diri daripada terlibat dengan permasalahan ini seseorang itu perlu menjalani kehidupan yang harmoni dan sentiasa memupuk kasih sayang antara satu sama lain. Pasangan juga perlu menerima kekuatan dan kekurangan antara satu sama lain dan sama-sama cuba memperbaiki kekurangan diri. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika pasangan sentiasa mengamalkan perbincangan setiap kali menghadapi masalah dan mencari penyelesaian secara harmoni. Pasangan juga perlu sedar tanggungjawab masing-masing dan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama serta undang-undang.

Nasihat kepada golongan wanita?

Srihartini: Sebagai seorang wanita tidak kira sama ada kita bekerja atau tidak, perlu tahu hak-hak yang kita miliki. Malah dalam dunia semakin moden hari ini adalah lebih baik jika golongan wanita mempunyai duit poket sendiri supaya tidak terlalu bergantung dengan suami. Keadaan tersebut sebenarnya adalah sebagai persediaan awal sebelum sebarang kemungkinan boleh berlaku. Walaupun tidak mempunyai pelajaran tinggi seseorang wanita itu sebenarnya boleh menjana pendapatan sendiri di rumah. Mereka boleh siapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar ia dapat membantu meningkatkan keyakinan seterusnya berusia sendiri. Tidak ada yang mustahil tetapi yang penting ialah mereka perlu berani bertindak dan mahu mengubah nasib diri.

Terbitan: Sinar Harian

ADA KALANYA si kecil seawal empat atau lima tahun sudah pandai berbohong kepada orang tuanya. Untuk melindungi diri atau takutkan sesuatu, dia sanggup memutar belit fakta.

Segelintir ibu bapa bimbang sikap itu akan terbawa-bawa dalam proses tumbesarannya sehingga menjadi satu tabiat yang tidak sihat. Melihat keadaan itu, ibu bapa berasakan sesuatu perlu dilakukan supaya sikap itu tidak terbawa-bawa hingga dewasa dan seterusnya menjadi sebati kepada pembentukan peribadinya.

Mengapa sebenarnya si anak sanggup berbohong? Mungkin ada alasan mengapa si kecil berbuat begitu. Walau apapun jawapannya, tindakan perlu dilakukan sejak awal demi pembentukan masa depan anak.

  •  Lupa

Anak usia prasekolah sama ada di tadika atau taska memiliki daya ingatan yang singkat. Oleh itu, si kecil tidak mencuba untuk berbohong ketika ditanya sesuatu misalnya, sebab dia bertengkar. Apa diingatinya hanyalah dia sudah berusaha merebut mainan daripada temannya.

  • HarapanSi kecil di taska atau tadika berkeras mengatakan dia tidak memecahkan pasu bunga. Dia sebenarnya berharap keadaan itu tidak berlaku dan meyakinkan diri hal itu tidak ada hubungannya dengannya.
  • Imaginasi yang aktifPada usia prasekolah, anak kaya dengan fantasi atau imaginasi. Kreativiti memuncak dan mereka sering berfikir, apa yang ada dalam pemikirannya memang betul. Lagipun, bagi mereka, setiap orang ke bulan menggunakan roket raksasa.
  • Tidak ingin dicemuhSi kecil sememangnya tahu kelakuan yang buruk akan mengecewakan ibu bapanya. Untuk menghindari rasa marah si ibu atau bapa, mereka lebih cenderung untuk berbohong.
  • Ingin dikagumiMengarang cerita membuatkan anak berasa dirinya penting. Ketika menceritakan kepada ibu bapa atau penjaganya dia berenang di kolam renang untuk golongan dewasa, hakikatnya dia ingin dipuji dan dikagumi walaupun dia tidak menyedarinya.
  • Minta perhatianApabila anak mereka cerita, dia ingin mendapatkan reaksi anda. Dia langsung tidak memikirkan sisi negatifnya.
  • Menguji peraturanSi kecil yang berusia lima tahun berkeras ingin menonton televisyen, pada hal dia tahu itu waktu tidurnya. Anda pasti tidak mengizinkan dia menonton dan ini membuatkan dia merajuk malah mungkin mengatakan dia belum menonton siri kartun kegemarannya.

    Si kecil yang berasa terkongkong dengan peraturan diberikan orang tuanya membuatkan dia cuba berbohong.

    Apa yang harus dilakukan?

  • Anda perlu mengingatkan diri sendiri, berbohong adalah bukti anak belajar apa yang benar dan salah. Di sisi lain, anak belajar mengembangkan kesedaran dan pengertian jelas antara fakta serta imaginasi. Lagipun dia berasa dia tidak berbuat salah.
  • Cari penyebabApabila si kecil berbohong, dia ingin dihargai. Dalam hal ini, sebaiknya anda tidak seharusnya menyokong kerana ia akan terus menggalakkan sikap suka berbohong.
  • Jangan menyalahkan si kecil sebaliknya, berikan komen yang membuatkan mereka mengaku, bukan menyangkal.
  • Anak mungkin tahu berbohong itu tidak baik, tetapi belum tentu dia faham seseorang yang berbohong menyebabkan dia tidak lagi dipercayai. Tanamkan kejujuran kepadanya misalnya menerusi cerita teladan.
  • Bersikap positif bukan menghukum. Ibu bapa berharap si kecil mengakui kesalahan apabila dia berbuat sesuatu yang tidak baik.Apabila memberikan hukuman atas pembohongannya, ia tidak akan memberi kesan seperti diharapkan. Anak yang dihukum atas pembohongan kecil dikhuatiri melakukan pembohongan lebih besar pada masa akan datang.
  • Yakin tetap menyayanginya. Apabila anak tidak sengaja memecahkan lampu tidurnya, dia takut mengaku kerana bimbang ibu tidak sayang lagi kepadanya. Yakinkan si kecil, ibu dan ayah tetap sayang padanya walaupun dia sudah melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya.

Terbitan: Akhbar kosmo

Artist: Nurul

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan…

Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hinggamenikam kalbu
Bisanya…

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

Lirik Lagu ” Suratan Takdir “
Artis ” Gersang “

Kesukaran Melafazkan
Pengucapan Perpisahan
Kepada Yang Tercinta

Tapi Terpaksa ku Lakukan
Keranaku Tidak Mahu
Terus Berpura-pura

Korus
Usahlah ku Disalahkan
Terjadinya Perpisahan Ini
itu Suratan Takdir

Tak Terlintas Di Hati Ini
Untuk aku Jatuh Cinta Lagi
Tapi Takdir Yang Menentukan

Memang Pernah ku Berjanji
Kau Yang Pertama dan Terakhir
Tetapi aku Memungkiri

Tidak Dapat ku Terima
Dua Cinta Di Dalam Hati
Maafkanlah ku Sayang

Hari ini 14hb. Februari 2010 diucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat warga cina di Malaysia khasnya.  Kita juga bertuah kerana dapat bercuti bersama keluarga.  Adik lelaki ku mengikat pertunangannya dengan gadis Kedah pada hari ini juga maafkan kakakmu ini tidak dapat mengikuti rombongan peminangannya ke Kedah hari ini atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan apapun kak cik doakan jodoh kalian berpanjangan ke jinjang pelamin…Insyaallah,,,amin.

Label:

  • Tiada
  • No comments yet

Kategori